In Memory SPK 3 (Jun 2018-Jun 2019)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Coretan untuk sebuah kenangan. Cepat betul masa berlalu, rasanya masih lagi terbayang-bayang kelibat mereka seorang demi seorang daripada mereka datang ke meja pendaftran. Semua orang terutamanya pensyarah2 SPK teruja dengan kedatangan mereka untuk menjadi sebahagian daripada team Unit Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Dan hari ini merupakan hari terakhir mereka setelah 3 semester berada di Kolej.

Tengok laaa semasa kamu semua semasa semester 1...muka suci murni sangat..hehe

Semasa awal semester 2 (Disember 2018)....kurus2 lagi semuanya haha

Semasa awal sem 3 (April 2019)...masih lagi maintan semuanya..

Saya paling suka pic nie...kenapa??? urmmmm...mungkin semua orang happy kot. Untuk jayakan lawatan ini saya totally burn out already, kepenatan yang melampau...tapi Alhamdulilah kita berjaya juga laksanakannya. Terima kasih semua. Semoga ini akan kekal sebagai kenangan terindah buat kamu semua.


Mereka adalah anak-anak pelajar kumpulan pertama yang dipertanggungjawabkan ke atas saya sebagai pensyarah kelas. Secara jujurnya saya tidak  mampu memberi perhatian sepenuhnya ke atas mereka. Namun, saya sangat menghargai setiap seorang keberadaan mereka di dalam hidup saya. Saya akui saya manusia yang cukup tidak sempurna namun sebagai seorang 'ibu' kepada mereka, sudah tentunya saya mengharapkan sesuatu yang terbaik dan sempurna buat mereka. Tiada keluarga yang tidak pernah bergaduh, tidak terasa hati, ataupun apa saja yang berlaku. Walaupun setiap daripada kita tiada hubungan pertalian darah, tetapi pastinya pertemuan kita ini adalah salah satu aturan Allah yang telah ditetapkan hikmahnya. Satu perhubungan atas dasar cinta dan kasih sayang kerana Allah.

Deep in my heart..i'm crying

Masa yang tidak akan kembali...

Semoga kita bertemu lagi...

Jika mampu diundur masa satu demi satu ke belakang, saya ingin sekali menerobos ke ruang hati setiap kamu, menyelami jiwa, apa yang kamu rasa, apa yang kamu fikir, apa yang telah kamu lalui. Namun, antara tugas dan tanggungjawab buat saya sungguh tersepit dan terhimpit. Masa yang terus berlari meninggalkan. Sungguh..itulah kekesalan yang pasti tidak mampu saya berpatah kembali. Sungguh..aku hanya 'orang biasa' namun cintaku buat kamu adalah 'luar biasa'. Hanya kini mampu kutitipkan doa yang mengiringi langkah kaki kamu semua untuk terus gagah melangkah, supaya kedewasaan kamu menjadikan kamu insan yang hebat.

Memori tercipta...


Terima kasih semua!!!


Semoga kejayaan, kebahagiaan dan kamu semua akan  sentiasa berada dalam peliharaan Allah kerana DIA sebaik-baik penjaga yang dapat menjaga kamu dengan sebaiknya. Semoga kamu akan menjadi manusia yang berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Semoga kenangan antara kita akan terus kekal di dalam jiwa. Kamu semua manusia yang hebat mengikut keistimewaan kamu sendiri dan semoga apa yang kamu hajati akan diperkenankan oleh Allah. InsyaAllah.







Selamat menjalani latihan industri dengan jayanya...kita jumpa di pentas konvo nanti insyaAllah!

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun