Pulut kuning istimewa untuk anak-anak pelajar SPK 3 sempena jamuan akhir sem
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini nak berkongsi pengalaman pertama kali membuat pulut kuning hiasan. Saya memang tidak pernah membuatnya walaupun niat hendak membuatnya sudah lama ingin mencuba. setiap kali hari lahir iman dan nuha sebelum ini selalu saya tidak berkesempatan untuk membuatnya. Tetapi kali ini saya seboleh mungkin menyempatkan diri saya untuk pertama kali mencubanya. Saya mahu menghadiahkan sesuatu yang 'istimewa' buat anak-anak pelajar SPK 3 yang bakal menamatkannya di Kolej sebelum menyambung latihan industri.
![]() |
Terima kasih untuk kenangan kita bersama. |
Pulut kuning hiasan hati
Tanda kesyukuran buat Ilahi
Kamu datang dan juga pergi
Namun kenangan tetap bersemi
Tanda kesyukuran buat Ilahi
Kamu datang dan juga pergi
Namun kenangan tetap bersemi
![]() |
Taraaaaa...inilah hasilnya saya menghias dengan bantuan kak ina di pantri |
Kebetulan Opah ada di rumah. Jadi saya minta opah membantu untuk membuat pulut kuning. Saya bercadang hendak menggunakan santan kotak sahaja. Tetapi biasalah orang tua kan..tidak berapa setuju, jadi terpaksalah saya keluar mencari kelapa parut...huhuhu. Opah cakap 1 kilo pulut bersamaan 1 biji kelapa parut.
Resepinya:
Beras pulut - 2 kilo
Santan - 2 biji kelapa. (Lebih kurang 800 g setelah mendapatkan santannya). Masukkan santan dengan sedikit garam untuk melemakkannya.
Untuk hiasan
Serunding ikan
Telur puyuh
Cili merah
Salad
Kaedah:
Beras pulut direndam dengan air semalaman dengan asam keping dan serbuk kunyit.
Kemudian dikukus sekali. (Lapik loyang kukusan dengan daun pandan)
Setelah dikukus kali pertama. Arungkan dengan santan.
Kukus lagi sekali selama 20 min sehingga masak
Kemudian sejukkan sedikit pulut.
Setelah pulut sedikit sejuk. Saya gunakan loyang 8 inci yang dilapik dengan plastik.
(Sebenarnya untuk loyang 8 inci sekilo pulut sudah memadai, tetapi sebab buat untuk makan2 jadi saya lebihkan jumlahnya)
saya padatkan satu lapisan dengan pulut kuning. Kemudian lapiskan dengan serunding ikan. Lapiskan serunding ikan memenuhi lapisan pulut,
Kemudian lapiskan lagi sekali pulut kuning. Saya tekan dengan belakang senduk bagi memampatkannya. Biarkan dan setelah padat terbalikkan dan boleh dihias mengikut kreativiti tersendiri.
![]() |
Pulut kuning hiasan cubaan pertama saya;-) |
![]() |
Antara makanan yang dihidangkan |
![]() |
Yummieh...ada carbonara, bolognesse, oden, paflova, cucur kak ina |
![]() |
Amanat akhir daripada Pn. Zu sebelum bakal menjalani latihan industri |
![]() |
Thanks Miss Kay menitipkan pesanan buat mereka |
Comments
Post a Comment