Resepi Ayam Goreng Mamak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam PKP hari ke 11. Rasanya inilah dikatakan cuti yang paling lama pernah saya lalui (tidak termasuk cuti bersalin..hehe). PKP fasa satu akan berakhir tidak lama lagi. Dan kini kita semua perlu bersedia untuk menghadapi fasa 2 yang akan kita tempuhi bermula 1/4/2020 sehingga 14/4/2020. Semoga kita semua terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menghadapi ujian ini. Kita masih lagi perlu bersyukur sekurang-kurangnya kita masih lagi selamat kerana terkurung di dalam rumah sendiri dengan peti sejuk yang masih lagi penuh dengan bahan-bahan untuk keperluan bermasak. Hari ini saya ingin kongsikan resepi ayam goreng mamak. Ayam ini saya sediakan bersama untuk menu nasi lemak kami. Sumber resepi daripada fb. Bahan-bahan 1 ekor ayam 6 sudu makan tepung jagung 6 sudu makan tepung beras 3 tangkai daun kari bahan untuk dikisar: 6 ulas bawang putih 2 inci halia 5 tangkai cili kering (bersihkan dan lalukan ai...