Posts

Family gathering dengan Nasi Daging Noxxa di Pantai Port Dickson

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Allah SWT dapat berkumpul bersama keluarga di Kajang. Kalau ikutkan masa, keadaan dan waktu memang kerja tidak pernah habis dan banyak kekangan dan halangan kerja. Bukan sesuatu yang mudah buat kami untuk datang ke sana, memandangkan terpaksa menunggu husband datang dari Kajang ke Bagan Serai, dan dari Bagan Serai kami bersama-sama turun ke Kajang. Dan selepas itu dia menghantar kami balik semula ke Bagan Serai dan dia akan balik sendiri ke Kajang. Bila memikirkan keadaan yang kami akan tempuh ini memang rasa memenatkan tetapi bila mengenangkan mak dan abah yang banyak membantu dan berkorban untuk kami sepanjang kami berpindah dari Kajang ke Bagan Serai terus rasa apalah sangat yang kami lalui ini untuk dibandingkan dengan pengorbanan mereka... Full house!!! Terima kasih Allah yang begitu banyak memudahkan perjalanan pergi dan balik ini dengan niat satu kami untuk mengembirakan hati mak dan ...

Resepi Shell Out yang sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bukan senang mahu berkumpul sentiasa dengan keluarga. Jadi dengan masa yang terhad kami cuba manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Saya bukanlah penggemar makanan laut tetapi sesekali bershell out apa salahnya. Gembira dapat makan bersama-sama. Bila saya goggle di internet dan membaca beberapa resepi shell out saya tertarik dengan resepi daripada blog norzlitaaziz.   https://norazlitaaziz.blogspot.my/2016/09/resepi-shell-out-yang-sangat-sedap.html Alhamdulilah. ternyata memang pilihan yang baik dan sangat tidak mengecewakan. Bila ramai yang menyatakan resepi ini sedap dan menyelerakan. Percubaan pertama 9/1/18 1) Makanan laut yang saya gunakan ialah: Ketam Udang Sotong 2) Dibersihkan dan dikukus separuh masak lebih kurang 7 minit. Ketepikan. Sayur-sayuran: Jagung Brokoli Bunga kobis Carrot Dibersihkan dan semua bahan dikukus lebih kurang 3 minit kecuali jagung direbus sehingga empuk dengan sedikit gula dan garam. Ketepikan...

Kek buah kukus

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Cantikkannnn dia punya taburan buah setelah 4 jam dikukus Hari ini saya nak share resepi kek buah kukus yang telah saya buat minggu lepas. Resepi ini diambil blog Azlita Aziz: https://norazlitaaziz.blogspot.my/2014/08/kek-buah-kukus.html Setiap kali teringin memakan kek buah saya akan membuat resepi biasa sahaja yang saya kukus atau bakar selama sejam. Kali ini saya memcuba untuk menggunakan resepi kek kukus yang  dikukus selama 4 jam. Sungguh resepi ini sungguh sedap dan kek buah merupakan kek kegemaran saya. Tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan percubaan pertama saya ini. Tekstur yang saya buat tidak padat dan seperti terlerai bila di potong. Mix fruits tersusun cantik di seluruh bahagian kek. Ini cubaan pertama saya. Saya akan cuba lagi untuk menghasilkan tekstur yang lebih baik.  Disini saya attach step by step sumber yang diperolehi daripada blog beliau. Bahan-bahan yang digunakan:   Bahan A 30...

Ecopark, Bukit Merah Lake Town Resort

Image
Pada hari yang sama kami memasuki Waterpark, kami juga mempunyai tiket untuk masuk ke Ecopark. Hampir separuh hari mandi-manda dan bermain di Waterpark, hampir kami terlupa yang kami perlu ke Ecopark. Setelah salin pakaian, dan solat hampir pukul 5.00 petang kami berjalan kaki menuju ke Ecopark. Iman dan Khaira nampak sudah keletihan tetapi kerana ingin pergi melihat kami gagahkan diri jugak. Jom layan aktiviti kami di sana. Rasa perlu repeat lagi ke Ecopark sebab kami tidak sempat menaiki skycycle, dan ada juga beberapa bahagian haiwan yang kami terlepas sebab ketika hujan renyai-renyai. Dan kami terpaksa mencari tempat perlindungan daripada hujan. Namun staff di situ sangat baik dan membantu kami. Pintu utama menuju kaunter masuk Ecopark Laluan ke Ecopark, tenang dan mendamaikan Mama buat-buat berani padahal penggeli..hehehe staff Ecopark yang baik dan peramah Melihat binturong..mula2 ingatkan bear..hehe Labi-labi ikan arapaima ...

Resolusi 2018

Image
Hari jumaat yang pertama di tahun 2018. Hujan lebat membasahi bumi Bagan Serai. Sejuk, basah diri dan juga hati. Resolusi 2018...? Urmm... tersentuh dengan tulisan daripada seorang kakak., tulisnya lebih kurang begini...bicara soal Pengorbanan.. "Sesebuah rumahtangga yang bahagia itu pasti ada insan di dalamnya sedang ada berkorban...sama ada suami atau isteri atau kedua-duanya...Pengorbanan ini bukan untuk terkorban, tetapi untuk membina kebahagian yang berpaksikan cinta dan kasih sayang kepada Allah dalam membentuk rumahtangga sebagai ladang pahala"  - kakak nur salbiha- Mun gkin juga dalam ikatan persahabatan ataupun persaudaraan..kerana semuanya menuntut pengorbanan yang pastinya perlu lahir dari hati yang IKHLAS supaya di kemudian hari tiada hati yang 'terkorban'. Pengorbanan yang dilakukan dengan keterpaksaan pastinya akan menghasilkan sebuah pengakhiran yang keruh.  Setahun sudah kami di sini. Ada manis ada pahit.. Bila men...

Family day KKBSE at Bukit Merah Lake Town Resort

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pada 31/112/2017, hari terakhir di tahun 2017, kami warga Kolej Komuniti Bagan Serai telah pun mengadakan hari keluarga kami di Bukit Merah Lake Town Resort. Dekat sangat dengan rumah saya tetapi hampir setahun berada di sini belum kesempatan untuk masuk. Tahun pertama kami di sini lebih banyak masa yang terpaksa kami ambil untuk penyesuaian diri termasuk emosi dan tempat tinggal. Jadi kesempatan yang ada kami gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk eksplorasi tempat di keliling kami.  Sebelum aktiviti bebas, kami memulakan aktiviti dengan sukaneka untuk acara kanak-kanak dan dewasa. Nak tergelak-gelak kami melayan kan anak-anak yang tak boleh nak memberi tumpuan bersukaneka sebab masing-masing mata dah tertumpu dengan waterpark. Diikuti dengan sukaneka dikalangan staff dan family. Aktiviti yang dijalankan boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama kami. Selepas aktiviti penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, k...