Pulau Orang Utan, Bukit Merah Lake Town Resort

Kolej Komuniti Bagan Serai telah mengadakan jamuan hari raya untuk staff di Bukit Merah Resort. Program yang memakan masa separuh hari itu lebih kepada aktiviti beramah mesra antara sesama rakan staff dengan anggota keluarga lain. Dapatlah antara kami untuk saling mengenali antara satu sama lain. Setelah tamat program itu kami diberi aktiviti bebas samaada untuk memilih untuk pulang atau pun terus berada di situ untuk terus mengikuti aktiviti yang ada di sini. Seprti yang ramai sedia maklum, Bukit Merah Lake town Resort lebih dikenali dengan taman tema airnya. Memandangkan masa yang ada sudah tidak banyak, kami memilih untuk membawa anak-anak ke Pulau Orang Utan di situ. Mengikut sejarahnya, Pulau Orang Utan ini dibuka secara rasminya pada awal tahun 2000. Di sini ia merupakan salah satu tarikan utama pelancong tempatan ataupun luar negara untuk melihat lebih dekat lagi habitat orang utan. Bagi pelancong luar negara orang utan merupaka satu haiwan yang unik kerana haiwan ini h...