Kek rampai kelapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah diberi kesihatan dan usia untuk berkongsi dan menulis. Minggu lepas berkesempatan mencuba resepi kek 'old skoll' iaitu kek rampai kelapa. Resepi ni saya perolehi daripada fb Azlina Ina. Bezanya saya menggudakan kelapa parut dan saya keringkan terlebih dahulu di dalam oven. Rasanya sungguh creamy, berlemak dan sedap sangat. Bawa ke ofis dan mostly yang rasa cakap sedap. Alhamdulilah resepi ni sangat menjadi. Di bawah ini saya share resepinya. Boleh sebut kek hujan panas jugak...hehehe, warnanya menarik, memang bila dah start makan dah lupa dah berapa banyak kalori...huhuhu Bahan-bahan 1) 1 cawan kelapa kering (saya gunakan kelapa parut, jadi saya sukat 1/3 cawan setiap satu untuk 3 bekas, saya warnakan dengan warna merah, biru dan hijau, masukkan di dalam oven dan bakar pada suhu 170 c selama lebih kurang 7 min). Ketepikan. 2) 2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder Ayak dan campurkan bahan 1 di dal...