Kakak saya

Saya dilahirkan dan dibesarkan tidak mempunyai seorang kakak. Menurut umi saya kakak kandung saya cuma bertahan beberapa hari sahaja dan meninggal dunia akibat masalah jantung. Semasa di sekolah lagi saya teringin sangat bila tengok kawan-kawan bercerita pasal kakak masing-masing. Ataupun berjalan pulang sekolah bersama kakak. Mungkin Allah makbulkan permintaan saya dengan mengurniakan kedua-dua anak saya perempuan. Saya berharap kelak mereka membesar menjadi sahabat baik. Walaupun sekarang ini kerja bergaduh, menggigit dan menarik rambut..sighhhh... Saya diposting di Kolej Komuniti Arau Perlis pada tahun 2008. Disanalah saya mengenali wanita ini yang saya anggap kakak. Namanya Alina Mas Ayu. Hari itu, 11/03/2015 pada masa 3.40 pagi beliau kembali ke tempat abadi. Tempat yang telah dijanjikan Allah SWT dan pasti dilalui setiap insan. Beliau pergi meninggalkan suami dan empat orang zuriat serta orang-orang yang sangat menyayanginya. Pastinya saya meyakini Allah mengambil beliau p...