Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulilah pada 25-27/12/2017 kami berkesempatan untuk berada di Penang untuk beberapa hari. Memang dalam rancangan awal pun, selepas kenduri Irna di Alor star esoknya kami akan bergerak ke Penang. Kebetulan memang nak bawa umi jalan-jalan Alor Star dan Penang. Rasanya inilah percutian pertama kami bersama. Umi dan my sister Amalina tidak dapat stay lama pun, kerana Ahad 25/12/17 malamnya terus naik bus di Sg. Nibong ke Jerteh. Tetapi sempat lah bawa mereka check in di Rumah Peranginan Pulau Pinang. Berhadapan kaunter masuk Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang Sebelum itu, saya sudah book Rumah Peranginan ini pada 8/11/2017, kira-kira hampir 2 bulan daripada tarikh sebenar. Untuk 2 malam bayarannya adalah RM200.00 dan RM 50 deposit. Ini pertama kali saya menempah Rumah Peranginan, jika sebelum ini hanya mendengar pengalaman kawan-kawan sahaja,. jadi kali ini setelah berbincang dengan husband kami ambil kesempatan u...