Resepi kek pandan mudah dan sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semalam, selepas pulang dari kerja, teringat nak membalas bekas tupperware kak ina yang bagi asam pedas masakannya buat kami. Jadi teringin nak makan kek pandan old skool. saya google resepi, ada banyak resepi dan kaedah. Ada yang masukkan santan, ada yang tidak. Ada yang menggunakan mixer dan ada yang menggunakan blender. Untuk percubaan kali pertama ini saya gunakan resepi yang menggunakan blender sahaja sebab nak cepat dan mudah siap...hehehe, Maklumkan esoknya masih hari bekerja lagi. Walaupun kaedah penyediaannya sangat mudah tapi hasil yang diperolehi sangat tidak mengecewakan. Semerbak bau wangi, dah keluar oven tak sabar nak tunggu sejuk, terus potong panas-panas. Wallahhhhh...rasanya memang sedap. Kemudian budak-budak tu makan berkeping-keping. Ingatkan diorang tak suka dengan kek pandan ni, padahal baru lepas makan nasi, tak sangka loyang pun dah nak tinggal separuh. Walaupun panas, tetap potong juga hihi Bahan-bahan ...