Posts

Selamat tinggal 2022 - Menggapai awan

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sebenarnya banyak yang hendak dicoretkan...tahun 2022 yang penuh liku dan tekanan rasa yang menghimpit kehidupan diri, rasa lelah, penat untuk bangun melangkah, rasa apakah ini...namun jika diingatkan kembali ujian yang dilalui tidaklah sehebat dengan kesusahan dan penderitaan yang dialami orang lain. Allah masih lagi mengurniakan rezeki yang melimpah daripada biasa...masih lagi dikelilingi kasih sayang daripada keluarga yang disayangi... Seharusnya rasa bersyukur yang dipanjatkan bukan rasa tamak yang tidak pernah cukup...Terima kasih suami, iman, khaira dan nuha yang menjadi tulang belakang mama. Rasanya mama tidak akan mampu untuk melangkah lebih tinggi jika tiada kamu semua yang banyak turut sama 'berkorban' untuk setiap apa yang mama kecapi hari ini. Mama ingin menggapai awan tetapi mama rasa tidak berdaya. Terima kasih my dear love husband.....sentiasa memahami isterimu dan menerima setiap kekurangan yang ada...dan sehingga kini tanpa

WARUNG SELERA KAMPUNG BENDANG PANJANG, KUALA KANGSAR

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kali ini kami berjaya untuk singgah ke sini untuk menikmati pelbagai aneka sarapan pagi yang menyelerakan. Warung selera ini antara tempat viral yang perlu disinggah jika ke Kuala Kangsar dan akan dipenuhi ramai orang. Memandangkan kami membawa abah yang tidak boleh berjalan jauh, jadi kami sudah datang seawal 8.00 pagi ke sini. Kebetulan homestay tempat tinggal kami tidak jauh ke sini. Kali ini kami memilih untuk berada di Homestay Aneesa Chandan Putri 3. Istimewanya warung ini kerana berada dalam kebun getah, mempunyai banyak pilihan menu makan serta dilengkapi permainan kana-kanak seperti buaian dan lain-lain lagi. Roti kukus dan juga pelbagai pilihan roti jika anda peminat roti bakar/kukus Nasi lemak antara menu wajib untuk sarapan pagi Ada banyak pilihan roti canai, tetapi yang dalam gambar ini adalah roti canai tsunami Nasi Goreng kambing....memang sedap..rugii tak cuba Selepas menikmati makan pagi di sini, kami terus berjalan-jalan ke pasar t

Warung Telaga, Kuala Kangsar

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini hendak kongsikan kenangan kami cuti-cuti di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar merupakan tempat kegemaran mak dan abah jika datang ke Bagan Serai menziarahi kami. Jadi kami pasti akan mencari homestay untuk bermalam di Kuala Kangsar. Boleh dikatakan ini jalan-jalan Kuala Kangsar kami kali keempat tidak silap. Kami seronok berada di sini, menikmati suasana bangunan sejarah yang cantik senibinanya dan disamping itu tentulaa pelbagai menu makan-makan yang sedap ada di sini. Antara tempat wajib untuk kami singgah jika ke Kuala Kangsar adalah di Warung Telaga. Ini kali kedua kami menikmati makan-makan di sini. Dengan harga yang sangat murah dan menikmati makan petang yang sangat sedap...mana lagi nak dapat pada waktu sekarang ni dikala semua harga mencanak naik hehe. Rugiii laa kalau tak rasa laksa yang sedap ini Ada laksa telor goreng dan ada laksa telur rebus roti puri pun ada..tak cukup 1..kena tambah lagi ABC, keropok lekor, cekodok, cucur bawang.

Resepi Kaya Labu Tanpa Telur

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini adalah giliran saya untuk membuat perkongsian dalam Slot Food Zone di FB rasmi Kolej Komuniti Bagan Serai. Suka untuk saya kongsikan satu resepi yang menarik iaitu penghasilan kaya labu tanpa telur. Oh ya sebelum saya terlupa, pengambilan pelajar-pelajar baharu di Kolej Komuniti masih lagi dibuka yer:-) Permohonan Kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Buat semua lepasan SPM yang masih cari-cari tempat untuk sambung pelajaran, REBUTLAH peluang untuk belajar di KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI Sesi I 2021/2022 bagi kemasukan September 2021. Syarat Kemasukan: Warganegara MALAYSIA LULUS SPM (Lulus BM & Sejarah) Program yang ditawarkan : SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN SIJIL PEMPROSESAN & KAWALAN MUTU MAKANAN Tempoh pengajian 2 tahun (4 semester termasuk satu semester latihan industri) Yuran Pengajian: RM 200/ semester Bantuan kewangan sebanyak RM5,400 sepanjang tempoh pengajian diberikan kepada yang laya

Resepi Nasi Ayam Mdm Kelly

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini tiba-tiba rasa hendak mencuba resepi baru nasi ayam. Cuba cari di facebook terjumpa perkongsian oleh Mdm Kelly dan dikongsi hampir 10 k oleh warga facebook. Disini saya kongsikan resepi yang daripada beliau.  Bahan-bahan Ayam bahagian paha  Stok ayam Halia  5 ulas bawang putih  Basuh bersih ayam rebus ayam dengan halia dan bawang putih yg ditumbuk. Air mesti banyak sebab nanti akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap. Dah mendidih angkat ayam dan toskan Bahan perapan ayam(2 ketul paha ayam) 2 sudu gula perang 2 sudu madu 1/2 cawan kicap manis 2 sudu sos tiram 1 sudu kecil lada hitam Garam Minyak bijan  Kaedah penghasilan:   Gaul semua bahan dan perap ayam dalam 30 minit. Bakar dalam 30 minit suhu 180. Sebelum bakar sapu butter dan minyak bijan. Dah siap masak pun sapu lagi butter dan minyak tadi untuk dapat hasil yang menarik. Bahan nasi 2 cawan beras basmathi. Panaskan minyak sapi dan butter dalam periuk nasi elektrik. Tumis

Kaedah tanak pulut guna rice cooker

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pulang dari ofis petang tadi, tidak sabar masak pulut. Kebetulan sekarang musim durian..Terima kasih En. Aziz dan Amalina bagi durian. Harga mencecah sehingga RM1.99 sekilo. Mungkin berikutan PKPD di Batu Kurau sekarang dan PKP yang masih berlangsung menyebabkan lambakan durian di sini. Terima kasih juga kepada Hj. Wan pagi tadi  bawa serawa durian, jadi saya ambil sedikit untuk bawa pulang makan berbuka puasa nanti. Sebenarnya teringin sangat hendak makan pulut durian. Seronok jika dapat makan beramai-ramai keluarga. Tetapi apakan daya hanya saya sahaja yang makan pulut durian di rumah. Dekat ofis dah terbayang-bayang pulut durian yang hendak dimakan bersama durian. Jadi kaedah yang paling pantas saya cuba gunakan untuk tanak pulut menggunakan rice cooker.  Terima kasih yang memberi...semoga Allah mengganti dengan sebaik-baik balasan Bahan-bahan Beras Pulut 2 cawan (tak perlu rendam) Air 2 cawan (cawan sukatan beras pulut yang sama) sedikit garam K

Resepi daging goreng mak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera   Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua umat islam. Pada tahun ini kita masih lagi dipinjamkan nafas daripada Esa untuk terus menikmati Hari Raya aidiladha bersama keluaga tercinta walaupun dalam keadaan sesi pandemik kini. Semoga untuk tahun-tahun hadapan kita masih lagi berpeluang menyambutnya bersama keluarga di kampung. Kami menyambutnya di sini dalam suasana yang cukup sederhana. Memandangkan kami semua tidak dapat berkumpul bersama ahli keluarga di lain di Terengganu dan Kajang. Di sini ingin saya kongsikan daging goreng resepi mak, kebetulan syikin jiran kami ada memberi daging korban. Teringat air tangan mak di Kajang yang selalu menyediakan daging goreng ini.  Bahan-bahan 500 gram daging 1-2 biji bawang besar (hiris) 10-15 biji cili padi (hiris) Serbuk kunyit Garam Kicap manis Kaedah Penyediaan: 1. Daging dibersihkan dan di potong nipis. 2. Saya rebus dahulu daging sehingga empuk. Daging yang telah empuk dilumur dengan serbuk kunyit dan