Happy 5th anniversary, husband

27 Mei 2017- Hari pertama ramadan untuk tahun ini (syukur padaMu Allah atas peluang ini). Lima tahun yang lalu pada tarikh itulah hari kami disatukan...hari disatukan cik singgang ikan dan encik risotto..hehehe;-) Saat termetrainya satu ikatan suci dan disatukan dua hati yang berlainan jiwa dan rasa. Mengimbau saat pertemuan kami, semuanya berlaku tanpa sengaja...kisah nekad seorang anak perempuan yang telah bergraduasi tetapi tidak mahu pulang ke kampungnya selagi tidak mempunyai kerja. Kisah seorang anak lelaki yang 'extend' pengajiannya dan mencari duit tambahan untuk membaiki komputernya yang rosak. Masing-masing merasakan itu tempoh keadaan yang menyusahkan dan merupakan tempoh 'survival'. Namun rupanya aturan Allah sungguh indah, di sebalik kesusahan dan kepayahan itu Allah tunjukkan hikmahNya. Pertemuan pertama kami di tempat 'cyber cafe' yang kami sama-sama mencari duit tambahan sekitar tahun 2007. Hubungan yang hanya kawan biasa itu terputus begit...