Kek kulit oren / Orange peel cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kek kulit oren Semalam kelas dengan pelajar bagi produk penghasilan marmalade orange? Ada yang gemar marmalade orange tak? Alhamdulilah kelas berjaya dijalankan dengan baik. Bila proses mengemas makmal, saya dapati ada lebihan banyak kulit oren tadi. Sebelum dimasukkan di dalam marmalade. Kulit oren itu di rendam dengan air garam seketika untuk membuang sisa-sisa kotoran, dan di masak berulang kali bagi membuang rasa pahit. Kita ambil bahagian kulit luar sahaja tidak termasuk lapisan putih itu. Lapisan putih itu yang menyebabkan rasa pahit. Kemudian di rendam dengan air gula sekurang-kurangnya 2 jam. Setelah itu akan dikeringkan di dalam oven. Setelah melalui beberapa proses itu, sayang pula hendak di buang. Pelajar-pelajar memang tidak berminat memandangkan mereka tinggal di asrama. Jadi saya terfikir hendak membuat kek kulit oren mudah ini. kulit oren yang telah disediakan Di bawah ini saya share resepinya untuk simpanan say...