Posts

Puding kastard marble

Image
Bila sedang mengemas dapur tengok ada dua bungkus agar-agar tali yang masih belum digunakan. Sambil2 tu tengokla resepi apa yang boleh dibuat. Kebetulan terjumpa tentang resepi puding marble ini. Tidak pernah mencubanya pun, bila tengok semua bahan-bahan ada. Apa lagi masuk dapur teruslah buat. Ini resepinya hasil pencariaan goggle. Tuan punya resepi asalnya tidak pula tertulis.  Bahan-bahan: 1 paket agar-agar tali 37. gram (rendamkan sebelum direbus) 6 gelas air 2 cawan gula 1 tin susu cair 1 cawan tepung kastard 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan 2 sudu besar air suam  Kaedah Penyediaanya: 1. Rebuskan agar-agar dengan air yang disukat hingga hancur 2. Masukkan gula dan bila mendidih tapis. 3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastard dan tabis terlebih dahulu. 4. Masukkan bancuhan kastard dan kacau sehingga agak pekat. 5. Bahagikan kepada 2 bahagian dan satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko. 6. Sendukkan adunan coklat ke dala...

Pengat pisang / Serawa pisang

Image
Pengat Pisang / Serawa Pisang Bahan-bahan 1. Pisang nipah 2. gula melaka 3. Biji sagu 4. Santan kotak kecil jenama kara  Kaedah Panaskan gula melaka sehingga larut dan tapis Masukkan pisang yang telah dipotong tetapi jangan masak terlalu lama takut terlebih masak dan lembik Masukkan santan, masukkan biji sagu yang telah dibersihkan, biarkan kembang dan mendidih, jika kurang manis boleh tambah sedikit gula putih. Biarkan sedikit pekat dengan api yang sederhana. Taraaaaa siap!.

The best cendol in Seremban, Haji shariff Cendol

Image
Sejarah Haji Shariff Cendol Kalau datang Seremban tidak sah kalau kami tidak singgah ke sini, Haji Shariff Cendol. Tidak susah pun untuk datang ke sini, hanya waze sahaja dan tempat parking pun banyak. Selain itu, dengan ruang kedai yang selesa dan kerusi meja yang agak banyak. Setakat ini, Haji Shariff cendol adalah antara cendol terbaik yang pernah saya makan. Mi rojaknya juga terbaik dengan kuahnya yang sedap dan sangat menyelerakan. Sesiapa yang datang ke Seremban cubalah singgah di sini untuk turut sama merasa keenakkanya. Mi rojak Cendol biasa Cendol pulut

Remis masak serai

Image
Remis masak serai Ini hasil kutipan kami semasa di Pantai Port Dickson, pertama kali saya saya memakannya, hasil air tangan mak. Sangat sedap dan boleh diratah macam itu sahaja. Cuma isinya agak kecil dan sedikit, kena ambil banyak sedikit baru laa puas nak makan..hehe. Ini saya kongsikan resepi yang sangat mudah: Bahan-bahan: Remis - dibersihkan Bawang putih - hiris nipis Bawang merah - hiris nipis Halia - hiris nipis Serai - ketuk Masukkan sedikit air di dalam periuk, masukkan bawang purih, bawang merah, halia dan serai sehingga mendidih. Masukkan remis dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa

Oreo Brownies for December babies 2017 (sebuah throwback...hehe)

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semasa hari lahir Khaira Kadijah pada 24/12/17 yang lalu saya mencari idea untuk baking....tidak bercadang pun untuk membuat jamuan atau keraian memandangkan papa Iman dan Khaira tiada di sni, jadi saya cuma berfikir untuk membuat kek bagi makan-makan di Taska mereka bersama teacher dan kawan-kawan mereka. Saya juga pada masa itu kebetulan agak sibuk menyiapkan beberapa tugasan kerja penting dan pada masa yang sama perlu mengemas untuk ke Alor Star bagi meraikan perkahwinan sahabat baik saya pada 24/12/17 itu. Jadi pada hari jumaat, setelah melihat resepi yang saya fikir mudah saya bercadang untuk membuat Orea brownies resepi asal daripada adik Danish Harraz. alhamdulilah, ramai yang memuji kesedapan oreo brownies dan sangat mudah membuatnya. Cuma sesiapa yang mahu kurangkan manis, bahagian filling biskut orea tidak perlu dimasukkan semua. Jadi in resepi asalnya:  Bahan-bahan:- 1/2 cawan vegetable oil 1 cawan gula 1 suduteh esen vani...

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Image
Resepi masak lemak petola dengan fucuk dan suhun: Bawang besar - separuh Bawang putih - 3 biji Cili merah - separuh Petola - sebiji (buang tepi) Hiris semuanya Fucuk dan suhun direndam sekejap sehingga lembut Santan kotak KARA ataupun santan segar Kaedah penyediaanya: Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan direbus sehingga petola lembut Setelah lembut, masukkan santan, saya gunakan separuh santan kotak jenama KARA dan sentiasa kacau. Setelah mendidih, tutup api dapur dan sedia untuk dihidang.

Kelas penghasilan putu mayam bersama pelajar di Kolej Komuniti Bagan Serai

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saya kongsikan resepi mudah untuk penghasilan putu mayam bersama anak-anak pelajar saya di dalam kelas. Walaupun begitu terdapat beberapa tips yang perlu dipatuhi supaya putu mayam yang dihasilkan cantik dan menjadi. Putu mayam merupakan kuih tradisional yang terdiri daripada empat bahan utama sahaja iaitu tepung beras, air, garam dan minyak. Suka saya kongsi dengan pelajar supaya menyukat kuantiti air dengan betul supaya doh yang dihasilkan tidak lembik dan melekit. Air yang dididihkan mestilah dalam keadaan panas mendidih dan apabila tepung dimasukkan pastikan doh terbentuk dan tidak mengacau terlalu lama untuk mengelakkan doh menjadi lembik. Bahan-bahan yang digunakan ialah: Bil Bahan-Bahan A 1 2 3 4    5 Tepung beras Air Garam Minyak masak Daun pandan/ pewarna pandan 225 g 240 g 2 g 10 g 4-5 helai Kaedah penyediaanya:  1. Air ya...