Posts

In Memory SPK 3 (Jun 2018-Jun 2019)

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Coretan untuk sebuah kenangan. Cepat betul masa berlalu, rasanya masih lagi terbayang-bayang kelibat mereka seorang demi seorang daripada mereka datang ke meja pendaftran. Semua orang terutamanya pensyarah2 SPK teruja dengan kedatangan mereka untuk menjadi sebahagian daripada team Unit Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Dan hari ini merupakan hari terakhir mereka setelah 3 semester berada di Kolej. Tengok laaa semasa kamu semua semasa semester 1...muka suci murni sangat..hehe Semasa awal semester 2 (Disember 2018)....kurus2 lagi semuanya haha Semasa awal sem 3 (April 2019)...masih lagi maintan semuanya.. Saya paling suka pic nie...kenapa??? urmmmm...mungkin semua orang happy kot. Untuk jayakan lawatan ini saya totally burn out already, kepenatan yang melampau...tapi Alhamdulilah kita berjaya juga laksanakannya. Terima kasih semua. Semoga ini akan kekal sebagai kenangan terindah buat kamu semua. Mereka adal...

Pulut kuning istimewa untuk anak-anak pelajar SPK 3 sempena jamuan akhir sem

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini nak berkongsi pengalaman pertama kali membuat pulut kuning hiasan. Saya memang tidak pernah membuatnya walaupun niat hendak membuatnya sudah lama ingin mencuba. setiap kali hari lahir iman dan nuha sebelum ini selalu saya tidak berkesempatan untuk membuatnya. Tetapi kali ini saya seboleh mungkin menyempatkan diri saya untuk pertama kali mencubanya. Saya mahu menghadiahkan sesuatu yang 'istimewa' buat anak-anak pelajar SPK 3 yang bakal menamatkannya di Kolej sebelum menyambung latihan industri. Terima kasih untuk kenangan kita bersama. Pulut kuning hiasan hati Tanda kesyukuran buat Ilahi Kamu datang dan juga pergi Namun kenangan tetap bersemi Taraaaaa...inilah hasilnya saya menghias dengan bantuan kak ina di pantri Kebetulan Opah ada di rumah. Jadi saya minta opah membantu untuk membuat pulut kuning. Saya bercadang hendak menggunakan santan kotak sahaja. Tetapi biasalah orang tua kan..tidak berapa setuju, jadi ...

Brownies Kedut yang tersangat sedap resepi dari Azlina Ina

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat petang semua. Semoga semua orang didalam limpah rahmah Allah SWT. Hari ini ingin berkongsi resepi brownies kedut yang memang acap kali saya buat. Alhamdulilah setakat ini resepi brownies kedut yang terbaik bagi saya. Brownies mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. Secara asasnya, terdapat 4 jenis tekstur yang dimiliki oleh brownies, iaitu sama ada seperti cake (cakey ), padat ( fudgy ), liat ( chewy ) atau sedikit berderai ( crumbly ). Untuk resepi ini, brownies seperti cakey . Bahan-bahan: 125 g butter 250 g coklat masakan 3 biji telur (gred B) 1 sk esen buttermilk/ vanila 200 g gula perang 150 g tepung gandum (ayak) 35 g serbuk koko (ayak) 1/2 sk baking powder (ayak) Kaedah Penyediaan: 1. Cairkan butter dan coklat (double boiler) 2. Satukan telur, gula, esen dan kacau sehingga sebati 3. Masukkan adunan coklat yang dicairkan (yang masih panas) ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula. 4.Masukkan...

Puding roti dengan creamy vanila sauce

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sudah lama tidak bersiaran kerana kesibukkan yang tidak menentu. Tetapi baru-baru ini berkesempatan mencuba resepi bread butter puding dengan vanila sos atas permintaa keluarga.  Hasilnya...Alhamdulilah tidak mengecewakan. Alhamdulilah yummieh... Dibawah ini saya kongsikan resepinya: Bahan-bahan: Roti gardenia - 12 keping Susu segar 3 cawan Telur 3 biji - 4 biji Gula 3-4 sdbesar (ikut kemanisan masing-masing) Esen vanila Butter 3-4 sdbesar (dicairkan) Topping (boleh letak mix fruit, chocolate rice/ chocolate chips) Cara-cara: 1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanila (pukul guna whisk sahaja) 2. Dah sebati tapiskan, kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. 3. Potong roti setiap 3 keping kepada 4 bahagian dan susun di dalam bekas. 4. tuangkan bahan puding di dalam bekas bagi rata, tekan2 dengan menggunakan spatula. 5. Letakkan topping yang disukai dan bakar suhu 180 sehingga masak. Bahan-bahan sos ...

Hantaran Pertunangan untuk adik tersayang

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kenangan Majlis Pertunangan adikku.., Tq Pak Cik Salim dan Mak Cik Ina , all the way came from Pahang to us. Truly said sedih sbb tak dpt nak bg full komitmen. Dlm masa 2 minggu need to go outatation untuk 4 negeri huhuhu...terpaksa tinggalkan iman, khaira dan nuha dkt papa diorang. Sampai pagi tadi dan mlm ni dah naik bus semula. Biasala org kampung kan...kalau tak berbunyi tak sah.., amboi..amboii..amboi...aihhhh...nasib i bkn jenis suka nak  meroyan kat socmed sangat hahaha😅 Simpan dkt sini kenangan untuk sebuah kesabaran. Congrates sister❤ Saya sempat siapkan gubahan hantaran di Bagan Serai. Sampai sahaja pagi terus letakkan gubahan di hantaran. Alhamdulilah semua berjalan seperti yang dirancang dengan keizinan Allah. Malamnya terus naik bus di Terminal Jerteh untuk pulang ke Bagan Serai kerana perlu menyiapkan diri untuk Lawatan Pelajar ke Kuala Lumpur. Maafkan kakakmu untuk ketidaksempurnaan kerana kita semua sama-sama berjuang dalam kehi...

Rumah Transit Putrajaya

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bulan lepas saya terpaksa 'outstation' ke Putrajaya kerana perlu meyelesai urusan semakan dokumen MQA bagi permohonan akreditasi penuh untuk Program kami sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Rasanya seperti terkena sumpahan..terlalu banyak yang perlu dibetulkan dan diselesaikan. Walaupun rumah  MIL dan FIL di Kajang sahaja, tetapi memikirkan perlu berulang alik Kajang-Putrajaya-Cyberjaya saya merasakan untuk transit di Rumah Transit Putrajaya. Ini mungkin akan lebih membantu saya supaya dapat fokus menyiapkan dokumen. Kalau ikutkan semasa tiba di Kajang saya belum menempah Rumah Transit Putrajaya di laman web SBBPH kerana tidak merancang untuk menginap di situ awalnya. Jadi saya mencuba nasib menempah pagi itu untuk check in pukul 2.00 pm hari yang sama. Alhamdulilah, masih ada kekosongan walaupun tersangat 'last minute plan' hehehe. Apa lagi saya ajak la FIL, MIL jika mereka ingin turut serta memandangkan rumah...