Posts

Resepi Pulut kuning dan rendang daging noxxa

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini nak share resepi pulut kuning dan rendang dagingmenggunakan noxxa. Pada malam hari raya tu, kami baru pulang dari HKl. Tiba di rumah pun, terus solat maghrib dan baru jamah makan sedikit untuk alas perut. Kami hanya sempat berbuka puasa di dalam kereta sahaja dengan air yang di beli. Terasa memang sangat penat dan melelahkan, tetapi Hari Raya tetap kami sambut sekadarnya walaupun abah masih lagi terlantar di HKL. Kerana masa yang agak suntuk, kami gunakan sahaja periuk noxxa untuk membuat pulut kuning dan rendang daging. Walaupun cubaan pertama kali, ternyata hasilnya tidak mengecewakan. Alhamdulilah. Saya gunakan resepi ini untuk pulut kuning: Beras pulut: 1kg Santan kotak jenama KARA: 2 kotak kecil Garam: 1 sudu besar Daun pandan Kaedah penyediaanya: 1. Basuh beras pulut dan rendam lebih kurang 30 min dengan asam keping yang dicampur dengan serbuk kunyit. 2. Toskan pulut, masukkan pulut ke dalam innerport, dan masukkan air sep...

Catatan 29 ramadan 1439h

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Catatan duka untuk abah. Pagi sabtu 9/6/2018 sedang kami mengemas rumah dan pakaian untuk pulang berhari raya, husband dikejutkan panggilan telefon daripada keluarga di Kajang yang memaklumkan abah jatuh ketika solat subuh di surau berhampiran di rumah dan terpaksa di bawa ke Hospital Kajang. Hasil daripada pemeriksaan CT-Scan mendapati terdapat darah beku dan lebihan air di kepala abah dan memerlukan operasi segera. Abah terpaksa dipindah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan khidmat pakar bahagian neuro di sana. Allah...ujian apakan ini ketika ini??? Abah sebelum ini sangat sihat dan apabila mendapat berita seperti ini seolah-olah kami seperti bermimpi. Abah semasa ditempatkan di wad ICU dan belum sedarkan diri lagi Tanpa berlengah, saya mencapai barang-barang yang perlu di bawa, sambil menyiapkan makanan buat iman dan khaira untuk di makan di dalam kereta dan mengemas apa yang patut. Kami terus ke HKL kerana menjangkakan...

Puding roti agar-agar

Image
Assalamualaikum dan Salam ramadan Pada hari ini saya sempat menyiapkan puding roti agar-agar sempena dengan majlis berbuka puasa anjuran Kolej Komuniti Bagan serai bersama staff dan para pelajar. Disebabkan bahan-bahan sudah ada dan sudah lama merancang hendak buat puding roti agar-agar ini, jadi saya ambil kesempatan ini untuk turut sama berkongsikan juadah berbuka puasa yang tidak seberapa ini. Kebetulan di rumah ada roti fiber gardenia, jadi saya hanya menggunakan roti ini sahaja. Resepi asal menggunakan roti putih. Sangat mudah menyediakannya dan rasanya juga sedap. Saya buat 2 lapisan, lapisan bawah warna putih susu yang asal dan lapisan atas adalah campuran 4 jenis warna. Saya tuangkan secara serentak 4 jenis warna secara bertindih, kemudian saya biarkan sedikit mengeras dan cakarkan dengan garfu. Kemudian baru saya tuangkan warna putih susu untuk membentuk lapisan kedua. 1 peket agar-agar (37.5 gram) 1 1/2 cawan gula pasir 6 cawan air (B) 2 bi...

Mandi-manda di Dataran Gemilang, Putrajaya

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pada pagi 5/5/18, sebelum kami pulang ke Bagan Serai pada petangnya saya sempat meluangkan masa bersama  keluarga mertua untuk berekreasi bersama-sama. Apa lagi...bukan main seronok la Iman. Khaira macam biasa la pilih untuk berkepit dengan mamanya ini. Jadi nak tak nak, memang la saya kena ikut mengenangkan khaira yang masih nak berteman, walupun iman dan aleesya ada.  Dataran Gemilang di Putrajaya bukanlah tempat yang asing buat kami. Malah sebelum kami berpindah ke Bagan Serai, memang sudah beberapa kali membawa Iman ke situ. Seronok melihat mereka gembira dapat mandi-manda bersama. Lebih seronok sebab ditemani nenek dan opah, ada juga bersama. Kebetulan semasa kami datang, turut diadakan aktiviti jualan di tempat yang berhampiran. disamping menghirup udara segar dan angin sepoi-sepoi bahasa. Di sini merupakan salah satu aktiviti riada yang sihat juga buat anak-anak dan keluarga. 

Langkah demi langkah kerabu mangga kak ina

Image
Assalamualaikum dan salam Sejahtera Kerabu mangga air tangan kak ina Sekarang ini di sini musim mangga, banyak betul mangga yang mudah diperolehi di sini. Kalau nak mencicah sahaja, masih banyak. Kak ina cadangkan untuk buat kerabu mangga. Resepi ini daripada kak ina, barang-barang penyediaan di bawa daripada rumah oleh kak ina. Saya simpakan di sini untuk rujukan sendiri jika diizinkan Allah boleh buat kemudian hari. Kat ofis...buat macam ni jer..tapi kasar sikit laaa. Dalam 2 biji Dah siap hiris buat mangga tu, campurkan bahan-bahan yang diperlukan. Antara bahan-bahan yang perlu untuk dicampurkan bersama: 1) Kacang tanah yang telah digoreng, di tumbuk kasar 2) Ikan bilis yang telah digoreng sebelum itu untuk dicampurkan dengan cili besar, cili padi. Ditumbuk semuanya. 3)Bawang yang telah dihiris 4) Garam 5) Gula Gaul sebati semuanya Makan begitu sahaja pun sedap..nak lagi umppp makan dengan nasi la