Posts

Kek Alunan Kasih

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  Kek alunan kasih. Pakai margerin pelangi ttp rasa dah sedap sangat. Next time boleh cuba guna premium butter pula. Resepi kek alunan kasih Sumber:goggle Mentega 250g Gula caster 1 1/2 cawan  5 biji telur gred A Susu cair 1/2 cawan Perisa vanila 1 tsp Tepung gandum 2 1/2 cawan Baking powder 1 tsp Pewarna pilihan (saya guna biru, merah dan kuning) Perisa pilihan (tak letak) Serbuk koko Kaedah: 1-Sediakan loyang 8x8x3. Glis dan letak baking paper. 2-Pukul gula dan mentega sehingga berkrim dan putih. 3-Pecahkan telur satu persatu dan pukul dgn kelajuan perlahan 4-Masukkan susu cair dan perisa vanila. Pukul sehingga sebati. 5-Masukkan tepung dan baking soda.( saya kaup balik) 6-Bahagikan kpd 3 bahagian warna dan perisa 7- selepas lapisan pertama dan kedua ayakkan serbuk koko . 8-Bakar pd suhu 170 c sehingga 45min (bergantung pd oven masing2) Selamat Mencuba (*_~)

Kek moist coklat puding karamel dan kek coklat kukus sempena hari lahir kak zu

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama sebenarnya teringin nak buat kek puding karamel coklat ini. Akhirnya dapat juga buat bila anak-anak pelajar request nak buat kek nak sambut hari lahir Pn.Zunairah. Kami buat 2 jenis kek. Satu kek coklat kukus dan satu kek coklat puding karamel ini. Macam biasa la kek ni resepi daripada Azlina Ina saya ambil di facebook beliau. Di bawah ini saya kongsikan resepinya. Resepi kek moist coklat puding karamel Gumakan loyang 9 inci. Bahan2 puding karamel Karamel die 1/2 cawan gule pasir.. perang kan atas api perlahan. (Boleh lebihkan sedikit gula supaya karamel yang dihasilkan dapat diratakan dengan mudah pada keseluruhan loyang. Selain itu, boleh letak loyang atas dapur dan memudah kan anda rata kan karamel.. )  Puding die 1tin susu cair 1/2 cawan susu pekat 1sk esen vanila atau creamy vanila 4 kuning telur dan 1 bijik telur penuh semua 5 bijik Campur susu cair,susu pekat dan telur tu baru whisk sehingga berbuih. ...

Titipan kasih buat abah

Image
 Abah...sungguh kami rinduuuu... Benarrr......Tiada manusia yang sempurna... Tetapi kehadiran abah cukup untuk membahagiakan kami....  Nampak pangkin di luar rumah,  teringat abah yang beria membakar lemang dan ikan bakar. Abah yang lebih 'excited' untuk kami berpindah di rumah baru ini. Dia yang rajin menebas dan meracun rumput.  Malah mencari benih pokok pisang,  betik dan macam2 lagi menyemai di tepi rumah.  Di bilik tidur abah seolah2 melihat dia sedang berehat,  mengaji Al-quran dan solat. Ya Allah, hanya Engkau sahajalah yang mengetahui betapa sunyinya hati ini. Kami cuba untuk membiasakan diri kerana selepas ini tiada lagi kunjungan daripada abah, mak dan yang lain-lain....huhuhu Kenangan di pangkin tok abah selepas tok abah siapkan ikan bakar 'Lepass ni dah tak de sape nak datang jenguk kita di sini'  Berulang kali husband sebut ayat ni. Saya hanya diam....semua orang terkesan dengan apa yang menimpa abah. Wal...

Resepi puding cream caramel

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sempena 'potluck' sambutan hari raya kami di Kolej  bersama pelajar, setiap staff diminta untuk membawa hidangan makanan. Untuk jamuan raya ini, saya memilih untuk membuat puding cream caramel. Dah lama saya tidak membuat puding ini. Dulu masa di KK Arau, saya selalu membantu kak Asma membuat puding ini semasa 'shortcourse' kami di sana. Resepi ini daripada arwah ibu kak asma. Alhamdulilah, sangat sedap, bagi saya tiada bau telur dan sangat sedap. Ternyata saya membuat pilihan yang bijak...hahaha, bila dihidangkan sekejap sahaja loyang 10 inci terus licin. Tak sangka puding ini mendapat sambutan oleh anak-anak pelajar. Resepi di bawah ini sesuai untuk loyang 8 inci. Untuk loyang 10 inci boleh 'doublekan' bahan. Di sini bahan-bahannya: 1 tin susu cair 1 cwn susu segar 1  senduk gula pasir 5 biji telur 1 tsp tepung kastard 1 tsp tepung jagung 1 tsp esen vanila Untuk dibuat karamel/gula halus...

Kursus Pendek Penghasilan Donut di Kolej Komuniti Bagan Serai

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bersama para peserta yang terlibat dengan kursus pendek penghasilan donut Alhamdulilah, berakhir sudah kursus pendek penghasilan Donut pagi tadi yang bertempat di Makmal Persediaan Makanan, Kolej Komuniti Bagan Serai. Kursus pendek ini ini merupakan salah satu daripada 15 kursus yang dibuka kepada orang awam sempena Karnival Kursus Pendek Kolej Komuniti Bagan Serai pada tahun 2018 ini. Dengan bayaran ada yang serendah RM5, boleh belajar pelbagai jenis kursus yang dianjurkan seperti kursus ms office powerpoint, kursus teknik lukisan, kursus business online, kursus pengucapan awam dan pelbagai lagi. Bagi kursus makanan pula, kami menawarkan kursus penghasilan donut, kursus penghasilan lolipop, kursus penghasilan cincau dan kursus penghasilan makanan sejuk beku. Bagi kursus penghasilan donut, saya diberi peluang untuk berkongsi ilmu. Untuk pengetahuan semua, donut merupakan salah satu makanan berasaskan konfeksionari yang disediakan dar...