Posts

Tips buat pandan cheese cake leleh

Image
Jadilah kek annirversary yang tidak dirancang;-) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sebenarnya beberapa kali saya mencuba pandan cheese cake leleh ni. Walaupun bukan penggemar cheese tetapi oleh kerana suami dan anak-anak suka makan, jadi saya mencabar diri sendiri kononya membuat kek ini. Pada awalnya saya fikirkan membuat kek ini semudah kek2 yang lain tetapi rupanya tidak semudah yang say fikirkan. Kali ke-3 saya membuatnya barulah mendapatkan hasil yang sepatutnya. Kali pertama saya buat kek mendap di tengah. Kali kedua kek masih lagi mendap ke tengah tetapi sangat keras. Percubaan kali ketiga barulah membuahkan hasil yang sepatutnya. Akhirnya saya mendapatkan kek yang gebu, lembut dan bagi saya menepati tekstur yang sepatutnya. Saya menggunakan resepi dari Cikgu Azlina yang saya ambil daripada Page FB beliau. Antara tips kenalpasti yang diperlukan untuk memberi perhatian ialah: Jangan terlalu overbeat gula dan telur sehingga kembang kerana boleh menyebabkan kek ...

Resepi ayam masak butter sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sepanjang bulan ramadan kali ini, saya beberapa kali telah mencuba resepi ayam butter ini. Walaupun pertama kali mecuba resepi Azie Kitchen, terus mendapat pujian dan permintaan oleh anak-anak. Cuma saya jadikan lebih berkuah kerana suami dan anak-anak sukakan berkuah. Di bwah ini saya kongsikan resepi yang saya ambil dari blog Azir Kitchen. Bahan-bahan 2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil 2 sudu besar mentega 1 sudu besar cili merah - cincang 2 chili padi - cincang 1 pelepah daun kari Beberapa keping cheese 230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai (saya gunakan 3/4 tin susu utk jadikan lebih berkuah) Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal Garam Serbuk lada hitam Bahan perap: 1 sudu kecil garam 1/2 sudu besar gula 2 sudu kecil serbuk kari 1 sudu besar tepung gandum 1 telur Cara cara: Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehing...

Resepi bergedil daging sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sesiapa kat sini suka makan bergedil daging. Setiap kali kalau makan dengan sup tulang, saya suka buat bergedil daging. Sudah beberapa kali saya gunakan resepi ini. Saya memperolehi resepi ini dari rakan fb saya Intan Amalina. Saya folo fb kawan saya ini, kerana beliau suka share resepi-resepi masakan yang menarik dan nampk sedap. Setakat ini setiap kali buat bergedil, memang inilah resepinya yang saya guna dan setakat ini tidak pernah gagal. Bahan-bahan: 1. Daging kisar 400g 2. Kentang 3-4 biji 3. Daun sup dan daun bawang 4. Bawang goreng (saya letak dalam 2-3 sudu besar) 5. Rempah soto (2 sudu, jika tak xde boleh guna rempah beriani) 6. Telur 2 biji 7. Tepung beras (1 sudu besar) 8. Tepung gandum (saya guna lebih kurang 2-3 sudu besar) 9. Garam Kaedah pembuatannya: 1. Goreng kentang yang dipotong kecil di dalam minyak dan kemudian lenyekkan. 2. Campurkan daging kisar, daun sup, daun bawang, bawang goreng, satu...

Resepi cornflakes madu mudah

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejaht Alhamdulilah..pejam celik rupanya sudah kita berada di dalam 10 ramadan terakhir 1440 h. Ya Allah, syukur alhamdulilah masih lagi diberi ruang untuk bernafas dan dipanjangkan usia menikmati bulan ramadan yang penuh berkah tahun ini. Jika penghujung ramadan tahun yang lepas, kami berulang alik hampir setiap hari ke HKL yang melihat abah di ICU akibat serangan stroke. Alhamdulilah abah semakin baik dan kini sudah ada di rumah Kajang.  Biasanya pada hujung ramadan ini, masa yang terisi selain menyediakan juadah berpuasa adalah menikmati kemeriahan membuat kuih raya. Iman dan Khaira pun sudah makin besar. Jadi saja menjadikan 'bonding time mother-daughters'. Di sini saya share resepi yer: Cornflakes madu mudah Bahan-bahan: 250 g butter (saya guna buttercup) Corn flakes (saya guna jenama Nestle, Berat bersih 275 g + free 50 g = 325 g)   1/2 cawan gula perang 7-10 sudu besar madu Manik urai (untuk hiasan)...

Kursus 'Drop Cookies' bersama warga staff KKBSe iaitu Nig Nog Sweedish Cookies

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah dan Segala puji dan syukur kepada Allah kerana berkesempatan berkongsi sedikit ilmu yang tidak seberapa dengan warga KKBSe. This is my first job after 3 months taking maternity leave. Pastinya sedikit teruja walaupan pada masa yang sama sedikit rasa terbeban kerana tugasan MQA penyediaan dokumen COPPA 2 masih belum saya siapkan..huhuhu (Moga dipermudahkan Allah urusan selepas ini..Aamiin) Sebenarnya program ini dianjurkan dengan harapan dapat membawa impak yang positif kepada warga kakitangan KKBSe. Program kursus ini dirangka bagi memberi pendedahan kepada semua staff yang berminat untuk mempelajari proses penghasilan biskut mengikut formulasi dan kaedah penghasilan yang betul. Disamping itu juga, kursus ini membantu setiap staff yang berminat untuk mempelajari bermula daripada pengenalan bahan mentah, proses penghasilan dan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi penghasilan sesuatu jenis biskut. Kursus ini juga secara ti...