Posts

Salam ramadan kareem (2) 1438h

Image
Rasa seperti sangat tidak percaya bila mak whats up beritau yang mak, abah, dan kak ngah nak datang Bagan Serai sebab nak berpuka puasa bersama-sama. Allah..baiknya Allah, sangat cepat mengabulkan permohonan dan permintaan hambaNya. Engkau sangat memahami saat terasa sangat letih, lemah dan tiada upaya, Engkau hantarkan orang-orang yang aku sayangi untuk bersama-samaku dan anak-anakku. Rasa gembira sangat sebab aleesya dan akid pun datang sama. Rasa gembira sebab iman akan ada teman bermain dan kawan untuk berseronok. Mama kesian dengan iman, tetapi mama tiada upaya untuk melakukan sesuatu. Mama tahu iman sunyi, iman sepi...sebab mama terpaksa melayan tantrum adik khaira yang sangat menguji keimanan mama. Mama kesian dekat iman sebab iman sudah terpaksa belajar untuk 'berkorban' dan mengalah dalam banyak perkara dengan khaira. Setiap hari mama rasa bersalah dan mama cuma mengharapkan keajaiban daripada Allah untuk membantu mama. Dan pada jumaat 9/6/17 bila mak, abah, d...

Salam ramadan kareem 1438h

Image
Alhamdulilah Wa Syukurillah...masih diberi peluang dan kesihatan yang sangat baik untuk terpilih dan berada di dalam bulan ramadan yang penuh berkah ini. Tahun ini bukan seperti bulan ramadan tahun-tahun lalu. Kali ini saya menyambutnya bersama Iman dan Khaira sahaja di sini. Hanya kami. Saya bersahur dan berbuka sendiri. Kadang-kadang air mata mengalir sendiri. Terasa sayu sangat. Masih lagi teringat-ingat saat dapat bersahur dan bebuka puasa dengan suami dan juga keluarga mertua di Kajang. Masih terbayang-bayang saat bahagia walaupun penat kami menapak ke bazar ramadan dan membeli makanan bersama-sama, menyediakan makanan bersama dan bersolat jemaah dan terawih. Jika dulu makanan memenuhi setiap sudut meja, tetapi kini saya berbuka dengan apa adanya sahaja. Jika khaira tidak mengamuk atau membuat perangai, saya cukup bernasib baik untuk memasak nasi dan lauk. Walaupun sesekali saya beria melihat resepi dan sambil memandu masih lagi terbayang-bayang makanan yang hendak di makan tika ...

Happy 5th anniversary, husband

Image
27 Mei 2017- Hari pertama ramadan untuk tahun ini (syukur padaMu Allah atas peluang ini). Lima tahun yang lalu pada tarikh itulah hari kami disatukan...hari disatukan cik singgang ikan dan encik risotto..hehehe;-) Saat termetrainya satu ikatan suci dan disatukan dua hati yang berlainan jiwa dan rasa. Mengimbau saat pertemuan kami, semuanya berlaku tanpa sengaja...kisah nekad seorang anak perempuan yang telah bergraduasi tetapi tidak mahu pulang ke kampungnya selagi tidak mempunyai kerja. Kisah seorang anak lelaki yang 'extend' pengajiannya dan mencari duit tambahan untuk membaiki komputernya yang rosak. Masing-masing merasakan itu tempoh keadaan yang menyusahkan dan merupakan tempoh 'survival'. Namun rupanya aturan Allah sungguh indah, di sebalik kesusahan dan kepayahan itu Allah tunjukkan hikmahNya. Pertemuan pertama kami di tempat 'cyber cafe' yang kami sama-sama mencari duit tambahan sekitar tahun 2007.  Hubungan yang hanya kawan biasa itu terputus begit...

Real foods Vs Processed foods

Image
Ramadhan 2017 bakal tiba sabtu ini (27/5/17). Selain daripada membuat azam tahun baru, bulan ramadhan juga biasanya menjadi turning point untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Walaupun hakikatnya, muhasabah diri perlu dilakukan setiap hari. Seperti pesanan Nabi; Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Selain daripada kita memperbaharui niat untuk meningkat amal ibadat kita ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum, jom kita sama turut audit pengambilan makanan harian kita juga. Memang tidak dapat dinafikan bulan ramadhan bukan sahaja ditunggu oleh orang islam tetapi juga yang bukan beragama islam. Kerana apa? Kerana pada bulan ramadhan turut merupakan syurga ...

Projek wakaf telekung

Image
EPISOD SATU Minggu yang lepas merupakan satu minggu yang agak penat. Khaira tidak sihat dan biasanya khaira memang akan meragam. Saya sudah bersedia sekiranya kalau dia yang sakit mesti tidur saya entah kemana. Ditambah lagi dia yang akan meraung dan menangis tidak henti-henti. Minggu itu juga ada sambutan hari guru di sekolah Iman, saya sudah berjanji padanya untuk membuat kek bersama-sama dengan dia. Memang saya agak keletihan sangat dengan tidur yang tidak cukup dan terpaksa bergegas ke sana ke mari. Hari sabtu itu (19/5/2017) saya hendak ambil stok telekung di Parit Buntar. Oleh sebab saya belum keluarkan duit, jadi saya keluar awal dalam pukul 7.00 pagi untuk keluarkan duit dulu dan saya sedar minyak kereta saya juga minta diisi. Banyak di dalam kepala saya hari itu ditambah khaira yang masih belum sihat sepenuhnya dan saya perlu selesaikan kerja-kerja ini dengan cepat. Tetapi malang tidak berbau, pertama kali di dalam hidup saya, saya baru tersedar yang saya pergi ATM un...

Tips buat Apam kembang mekar

Image
Semalam berkesempatan membuat apam mekar, dah lama teringin nak makan. Kebetulan sekolah iman hari ini buat jamuan hari guru kat taskanya, jadi pagi tadi bangun awl sikit untuk mengapam. Pukul 2.30 bangun nak buat kuih, kebetulan khaira pun badan macam panas sikit. Jadi sambil dok pantau suhu dia pergi dapur kejap buat apam. Alhamdulilah resepi ni saya dapat daripada group facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN). Antara cabaran nak buat apam mekar ini ialah apabila nak pastikan bila kita sudah kukus, apam tu mekar. Sebab kebanyakannya bila buat selalunya akan tanya kenapa bila buat tak mekar walaupun guna resepi yang sama. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk memastikan apabila kita buat apam, apam kita tu cantik je mekar, mekar macam bunga setaman itu. Pastikan bila kita pukul gula dengan telur itu betul2 kembang sehingga adunan bertukar warna putih berkrim dan gula yang kita masukkan tu dah halus. (Dalam kes ini, saya pukul putih telur dulu buat merinue dulu, baru m...

Buat umi dan mak, dua wanita utama

Image
Siapa dua wanita utama dalam hidup saya? Tentulah ibu yang telah melahirkan saya ke dunia iaitu umi dan ibu yang telah melahirkan kekasih hati saya iaitu ibu mertua yang saya panggil mak. Mereka merupakan dua wanita istimewa yang bertahkta di dalam jiwa. Mereka dua wanita penting yang menjadi sumber inspirasi saya yang tanpa sedar saya banyak mencedok sikap dan sifat mereka. Walaupun bergunung emas pun saya hamparkan buat mereka belum tentu mampu dapat membalas segala kebaikan-kebaikan yang telah mereka berikan buat saya. Saya belum pernah menulis buat mereka kerana segala-galanya saya simpan jauh di sudut sanubari, Berkesempatan hari ibu, 14 mei hari ini, ingin saya kongsikan segala kebaikan mereka untuk saya serap di dalam diri saya moga dapat saya curahkan kepada anak-anak dan bakal menantu saya. (InsyaAllah) Tidak perlu saya bandingkan kedua-duanya, kerana mereka sememangnya dua wanita yang berbeza, berbeza luaran daripada segala segi tetapi ikhlas mencintai dan menyayangi...