Posts

Resepi Ayam Goreng Mamak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam PKP hari ke 11. Rasanya inilah dikatakan cuti yang paling lama pernah saya lalui (tidak termasuk cuti bersalin..hehe). PKP fasa satu akan berakhir tidak lama lagi. Dan kini kita semua perlu bersedia untuk menghadapi fasa 2 yang akan kita tempuhi bermula 1/4/2020 sehingga 14/4/2020. Semoga kita semua terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menghadapi ujian ini. Kita masih lagi perlu bersyukur sekurang-kurangnya kita masih lagi selamat kerana terkurung di dalam rumah sendiri dengan peti sejuk yang masih lagi penuh dengan bahan-bahan untuk keperluan bermasak.  Hari ini saya ingin kongsikan resepi ayam goreng mamak. Ayam ini saya sediakan bersama untuk menu nasi lemak kami. Sumber resepi daripada fb. Bahan-bahan 1 ekor ayam 6 sudu makan tepung jagung 6 sudu makan tepung beras 3 tangkai daun kari bahan untuk dikisar: 6 ulas bawang putih 2 inci halia 5 tangkai cili kering (bersihkan dan lalukan ai...

Resepi Ayam Masak Goreng Kari dan Kentang

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sehingga petang tadi peningkatan pesakit covid-19 masih lagi terus meningkat dengan jumlah kes baharu sebanyak 235 orang dan sesuatu yang menyedihkan seramai 4 orang telah terkorban menjadikan kepada bilangan kematian sebanyak 23 kes. Sama2 lah kita berdoa mohon perlindungan daripada wabak ini dan semoga kesedaran setiap orang akan bahaya kepada wabak ini semakin meningkat. Selagi masih ramai lagi yang tidak mematuhi PKP ini peluang untuk kita menang akan tipis sedangkan kegagalan bukanlah pilihan kita. Hari ini saya berkesempatan untuk mencuba resepi baru yang saya perolehi daripada fb iaitu ayam masak goreng kari dan kentang. Jika kepada mereka yang ingin mempelbagaikan resepi berasaskan ayam bolehlah mencuba resepi ini. Bahan-bahan 1 ekor ayam - dilumur garam dan kunyit dan digoreng *bawang merah *bawang putih *halia *cili padi serai daun kari bawang holland (dipotong bulat atau mayang sahaja) rempah kari daging  dan kar...

Resepi Ayam Sweet Sour

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini merupakan Hari kedua bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan oleh Kerajaan Malaysia bagi menangani wabak pandemik Covid-19 daripada terus berleluasa. Hari kedua saya menjadi 'suri rumah sepenuh masa' bersama suami dan anak-anak disisi. Alhamdulilah. Sepatutnya mengikut perancangan awal, kami sudah berada di kampung, di Jerteh bagi meraikan pernikahan dan majlis perkaahwinan adik saya. Namun, benarlah kita merancang, Allah merancang tetapi perancangan Dia adalah yang terbaik. Atas perbincangan dan kata sepakat, kami menanguuhnya majlis penikahan ini. Umi mahukan yang terbaik buat adik. Pasti ada hikmah disebalik dugaan ini. Walaupun saya tahu jauh di sudut hatinya cukup pedih sekali. Berbalik kepada resepi...ingin saya kongsikan resepi ayam sweet sour yang mudah disediakan ini. Memandangkan barang-barang yang diperlukan tidaklah terlalu banyak tetapi rasanya cukup sedap dan menyelerakan. Kalau letak...

My Ofismate - KKBSe

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Minggu lepas di ofis ada jamuan perpisahan untuk Ustaz Helmi. Pada masa yang sama kami semua ambil kesempatan untuk meraikan mummy-to-be Kak Shima yang bakal bersalin nanti secara elektif czer pada 20-02-2020...cantikkan tarikhnya..... Alhamdulilah penantian selama 11 tahun,  'precious baby 👶 '😊 Missing in pic: Kay, Esan dan Kak Iza Alhamdulilah...bila pandang wajah mereka ini saya teringat pada kata2 Kak Sal di FB beliau. Sejak dari dulu sehingga sekarang FB kak sal memang menjadi rujukan saya.. tiap kali saya rasa haru saya tau saya akan jumpa sesuatu walaupun tanpa saya bercakap dengannya. Hebat orang yang dekat pada Allah ini.. saya berharap saya juga dapat mengikuti setiap langkah dan tutur kata baiknya. Kakak yang sudah saya kenali semasa di UPM sejak 14 tahun yang lalu.  ''Apa maksud kawan gred A+++? kawan yang bila kita tengok dia, bercakap dengan dia, perhatikan dia, blajar pengalaman dia, teliti ...

Puding Triffe untuk Jamuan Potluck untuk Hari Perpisahan Ustaz Helmi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini merupakan hari terakhir Ustaz Helmi di sini. Saya doakan sesuatu yang terbaik buat Ustaz selepas ini. 2 tahun ustaz berada di Kolej Komuniti Bagan Serai bukanlah suatu masa yang singkat. Terima kasih ustaz kerana banyak membantu kami dan pada masa yang sama bergading bahu mendidik anak bangsa kita dengan baik dan cemerlang. Semoga suatu masa kita kan bertemu lagi dalam keadaan yang paling baik...InsyaAllah. Alhamdulilah terima kasih kepada pihak pengurusan KKBSe kerana berjaya menganjurkan Majlis ini buat ustaz bagi meraikan segala jasa dan kebaikan yang telah diberikan ustaz helmi sepanjang berkhidmat di sini. Sebelum itu jom saya kongsikan resepi puding triffle yang saya sediakan. Saya juga turut menyediakan kek puding karamel. Resepi kek puding karamel telah saya kongsikan sebelum ini. Hasil puding triffle yang disediakan Resepi Puding Triffle saya gunakan daripada FB Azlina ina. Tapi saya cuma gantikan bahagian b...

Resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar semua? Hari ini pertama kali mencuba respi Hokkaido Chiffon cupcakes.Banyak sebenarnya versi cupcakes ini, tetapi untuk pertama kali ini saya mencuba resepi daripada blog https://norazlitaaziz.blogspot.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.html Untuk cupcakessaya gunakan resepi di bawah ini daripada blog Norazlita: Bahan-bahan 4 kuning telur 30 g gula caster 1 tsp esen vanila 40 g susu UHT 40 g minyak 55 g tepung kek (saya gunakan tepung rose) 20 g tepung kastard 1 tsp baling powder Meringue: 4 putih telur 1/4 tsp garam 80 g gula caster Kaedah: 1- Pukul kuning telur dan gula caster sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila, susu dan minyak. ( saya gunakan hand whisk sahaja )  2- Kemudian kaup balik campuran tepung, tepung kastard dan baking powder. Ketepikan. 3- Sediakan meringue. Pukul putih telur dan garam sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula caster dan pukul high speed (saya ...

Kek Marble Margerin Pelangi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa minggu lepas saya sempat mencuba resepi baru. Kek Marble yang menggunakan bahan margerin PELANGI sahaja. Siapa cakap nak makan kek yang sedap dan gebu kena guna butter premium. Sesekali kita cuba gunakan bahan-bahan yang ada di dapur ini. Hah..siapa sangka...setelah siap rasa dan teksturnya sumpah sedap! hehehe. Jom saya kongsikan resepi ini. sumber resepi ini saya perolehi daripada FB Azlina Ina. alhamdulilah tidak pernah mengecewakan. Bahan-bahan yang diperlukan: 375g margerin pelangi 3/4 cawan gula caster (170 g) 5 biji telur 1 tsp esen vanila 1/2 cawan susu pekat 2 1/2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 3 tbsp serbuk koko Sedikit emulco coklat untuk bau dan rasa Cara-cara: 1. Pukul gula, margerin, esen vanila dengan kelajuan tinggi selama 15-20 min sehingga gebu. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi 15 min 3. Masukkan susu pekat dan putar sehingga sebati. 4. Masukkan tepun...