Posts

Resepi Laksam

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa minggu lepas, sempat membuat projek laksam dengan iman dan khaira. Sebenarnya dah lama sangat teringin nak makan laksam ini, kalau ke pasar pagi mesti akan terpandang laksam yang dibungkus tetapi akan berlalu begitu sahaja. Jadi, kebetulan masa yang ada saya cuba membuat laksam menggunakan NOXXA pressure cooker untuk menghasilkan kuahnya. Tidaklah terlalu susah membuat laksam, cuma memerlukan sedikit kesabaran mengukus.  Sambal x sempat nak siapkan hehehe....;-)   LAKSAM Untuk mengukus laksam, saya menggunakan resepi daripada blog Azie Kitchen. Alhamdulilah menjadi, kukus lebih kurang 7 minit. Saya gunakan tudung periuk dan loyang 7 inci.  Bahan-bahan: 3 cwan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa) 1/2 sudu kecil garam Cara-cara 1. Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan tuang di dalam bekas. ...

Resepi puding milo oreo

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa minggu lepas, Syikin dan sekeluarga menjemput untuk majlis aqiqah puteri bongsu mereka. Jadi saya bercadang nak membuat sedikit puding dan kek coklat untuk dibawa bersama. Ini pertama kali mencuba puding milo oreo. Di bawah ini saya kongsikan resepi: Bahan-bahan 10 gram serbuk agar-agar 750 g air 140 g gula 1 tin susu cair 3/4 cawan serbuk milo 1 bungkus biskut oreo (137 g) yang dipatah-patahkan tetapi dibiarkan dalam bentuk sandwich Cara penyediaan 1. Masak air sehingga mendidih. Masukkan serbuk agar-agar dan gula. Kacau sehingga larut 2. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih. 3. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati. 4. Tuangkan 1 cawan adunan milo ke dalam acuan. Biarkan sedikit mengeras. Cakar dengan garfu dan masukkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan. 5. Masukkan pula adunan susu. Biarkan mengeras sedikit. Cakar dengan garfu. Dan tuang sebahagian lag...

Kek pandan gebu dan moist untuk Dr. Umi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa hari lepas, pulang ke Kajang sambil menguruskan urusan penghantaran dokumen MQA di Mercu MQA, Cyberjaya. Jadi terus sambung cuti menziarah abah dan mak di Kajang. Dapatlah Iman dan Khaira jumpa tok abah, nenek dan sepupu-sepupu mereka di sana. Teringat hendak buatkan kek untuk Dr. Umi, my husband ex--bos di UPM. Jadi selepas selesaikan urusan di MQA, petang itu bersama mak dan maklang pergi ke kebun abah di area Jalan 4, Bangi sebab nak ambik beberapa helai daun pandan. Mak pun request nak rasa kek pandan juga. Kebun abah agak curam ke bawah  sedikit, di samping sekarang hujan pada sebelah petang setiap hari dan air agak bertakung di bawah. Jadi saya duduk di dalam kereta sahaja sambil menunggu mak dan mak lang mengambil daun pandan. Mereka juga nak tengok kebun abah seteleh beberapa bulan tidak datang.  Sejak abah jatuh sakit, memang kebun itu sudah tiada siapa yang uruskan. Mak dan Mak lang memang sibuk hampir 2 b...

Resepi kek pandan mudah dan sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semalam, selepas pulang dari kerja, teringat nak membalas bekas tupperware kak ina yang bagi asam pedas masakannya buat kami. Jadi teringin nak makan kek pandan old skool. saya google resepi, ada banyak resepi dan kaedah. Ada yang masukkan santan, ada yang tidak. Ada yang menggunakan mixer dan ada yang menggunakan blender. Untuk percubaan kali pertama ini saya gunakan resepi yang menggunakan blender sahaja sebab nak cepat dan mudah siap...hehehe, Maklumkan esoknya masih hari bekerja lagi. Walaupun kaedah penyediaannya sangat mudah tapi hasil yang diperolehi sangat tidak mengecewakan. Semerbak bau wangi, dah keluar oven tak sabar nak tunggu sejuk, terus potong panas-panas. Wallahhhhh...rasanya memang sedap. Kemudian budak-budak tu makan berkeping-keping. Ingatkan diorang tak suka dengan kek pandan ni, padahal baru lepas makan nasi, tak sangka loyang pun dah nak tinggal separuh.  Walaupun panas, tetap potong juga hihi Bahan-bahan ...

Resepi kek marble gebu

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah, baru-baru ini memcuba resepi kek marble gebu. Sangat mudah membuatnya dan hasilnya tidak mengecewakan. Resepi ini saya perolehi daripada page masakan di fb. Saya share resepinya di sini: Mula-mula cairkan butter dalam 4 sudu besar (saya gunakan margerin pelangi sahaja) 2 cawan tepung kek (saya gunakan tepung gandum biasa yang ditambah dengan 1 tsp baking powder) 4 biji telur  1 cawan gula caster 1 sudu besar ovelette 2 sudu besar susu tepung 3 sudu besar susu UHT 1 sk esen vanila Pewarna kegemaran Kaedah: Mixkan semua bahan kecuali butter yang telah dicairkan. Mula2 medium speed, dah sebati terus high speed Sehingga kembang dan gebu. Dah gebu masukkan butter yang telah dicairkan (butter tu telah sejuk) Masukkan ke dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 150-160 c dalam 45 minit atau sehingga masak.

Kek Puding Karamel Pelangi untuk umie

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pada 11 September yang lepas, my umiesayang, adik perempuan dan adik lelaki datang ke rumah di Bagan Serai. Kebetulan adik lelaki mengambil cuti yang panjang, jadi peluang dan masa yang ada di gunakan untuk bawa umi singgah sekejap ke Bagan Serai dan seterusnya ke Kajang melihat ayah mertua saya. Jadi, saya bercadang untuk membuat kek puding karamel pelangi untuk umie. walaupun bukan hari jadinya tetapi dengan harapan dapat mengembirakan hatinya. Bukan mudah untuk umi datang menziarahi kami di sini. Bukan dekat, dan perjalanan yang mengambil masa berjam-jam bagi usia emasnya demi untuk berjumpa anak dan cucu-cucunya buat saya rasa tersangat sebak. Saya hanya mampu menangis di dalam hati mengenangkan keletihan dan susah payahnya itu.Tq to my bro and little sis yang tolong bawakan umie untuk kami.  Seperti biasa pembantu kecil saya, Iman dan Khaira membantu sama untuk saya menyiapkan kek ini. Kami buat pada malam sebelu...

Resepi kek apam coklat

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat berhujung minggu semua. Semoga hujung minggu ini terisisi dengan segala kebaikan dan aktiviti yang mengembirakan di sisi insan-insan tersayang. Alhamdulilah, nak share resepi kek apam coklat yang baru buat semalam. Resepi ini saya ambil daripada group masakan dan terus mencubanya semalam. Di bawah ini saya kongsikan resepinya yer: Banyak jugak dapatlebih kurang 50 pieces. Bahan-bahan: 2 biji telur 1 cawan gula halus 1 cawan susu pekat (saya kurangkan kepada 3/4 cawan) 1 cawan air suam 1 cawan minyak masak 1 tsp Esen vanila Bahan ayak: 3/4 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonat Mixerkan semua dalam 4-5 minit Sapukan minyak pada bekas lompang dan letakkan adunan dalam bekas Panaskan periuk kukus selama 15 minit. Saya isi 3/4 tetapi bila dah masak dia naik sehingga terkeluar bekas. Next time nak isi separuh bekas sahaja untuk dapatkan hasil apam yang comel2. Say...