Posts

My Ofismate - KKBSe

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Minggu lepas di ofis ada jamuan perpisahan untuk Ustaz Helmi. Pada masa yang sama kami semua ambil kesempatan untuk meraikan mummy-to-be Kak Shima yang bakal bersalin nanti secara elektif czer pada 20-02-2020...cantikkan tarikhnya..... Alhamdulilah penantian selama 11 tahun,  'precious baby 👶 '😊 Missing in pic: Kay, Esan dan Kak Iza Alhamdulilah...bila pandang wajah mereka ini saya teringat pada kata2 Kak Sal di FB beliau. Sejak dari dulu sehingga sekarang FB kak sal memang menjadi rujukan saya.. tiap kali saya rasa haru saya tau saya akan jumpa sesuatu walaupun tanpa saya bercakap dengannya. Hebat orang yang dekat pada Allah ini.. saya berharap saya juga dapat mengikuti setiap langkah dan tutur kata baiknya. Kakak yang sudah saya kenali semasa di UPM sejak 14 tahun yang lalu.  ''Apa maksud kawan gred A+++? kawan yang bila kita tengok dia, bercakap dengan dia, perhatikan dia, blajar pengalaman dia, teliti ...

Puding Triffe untuk Jamuan Potluck untuk Hari Perpisahan Ustaz Helmi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini merupakan hari terakhir Ustaz Helmi di sini. Saya doakan sesuatu yang terbaik buat Ustaz selepas ini. 2 tahun ustaz berada di Kolej Komuniti Bagan Serai bukanlah suatu masa yang singkat. Terima kasih ustaz kerana banyak membantu kami dan pada masa yang sama bergading bahu mendidik anak bangsa kita dengan baik dan cemerlang. Semoga suatu masa kita kan bertemu lagi dalam keadaan yang paling baik...InsyaAllah. Alhamdulilah terima kasih kepada pihak pengurusan KKBSe kerana berjaya menganjurkan Majlis ini buat ustaz bagi meraikan segala jasa dan kebaikan yang telah diberikan ustaz helmi sepanjang berkhidmat di sini. Sebelum itu jom saya kongsikan resepi puding triffle yang saya sediakan. Saya juga turut menyediakan kek puding karamel. Resepi kek puding karamel telah saya kongsikan sebelum ini. Hasil puding triffle yang disediakan Resepi Puding Triffle saya gunakan daripada FB Azlina ina. Tapi saya cuma gantikan bahagian b...

Resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar semua? Hari ini pertama kali mencuba respi Hokkaido Chiffon cupcakes.Banyak sebenarnya versi cupcakes ini, tetapi untuk pertama kali ini saya mencuba resepi daripada blog https://norazlitaaziz.blogspot.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.html Untuk cupcakessaya gunakan resepi di bawah ini daripada blog Norazlita: Bahan-bahan 4 kuning telur 30 g gula caster 1 tsp esen vanila 40 g susu UHT 40 g minyak 55 g tepung kek (saya gunakan tepung rose) 20 g tepung kastard 1 tsp baling powder Meringue: 4 putih telur 1/4 tsp garam 80 g gula caster Kaedah: 1- Pukul kuning telur dan gula caster sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila, susu dan minyak. ( saya gunakan hand whisk sahaja )  2- Kemudian kaup balik campuran tepung, tepung kastard dan baking powder. Ketepikan. 3- Sediakan meringue. Pukul putih telur dan garam sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula caster dan pukul high speed (saya ...

Kek Marble Margerin Pelangi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa minggu lepas saya sempat mencuba resepi baru. Kek Marble yang menggunakan bahan margerin PELANGI sahaja. Siapa cakap nak makan kek yang sedap dan gebu kena guna butter premium. Sesekali kita cuba gunakan bahan-bahan yang ada di dapur ini. Hah..siapa sangka...setelah siap rasa dan teksturnya sumpah sedap! hehehe. Jom saya kongsikan resepi ini. sumber resepi ini saya perolehi daripada FB Azlina Ina. alhamdulilah tidak pernah mengecewakan. Bahan-bahan yang diperlukan: 375g margerin pelangi 3/4 cawan gula caster (170 g) 5 biji telur 1 tsp esen vanila 1/2 cawan susu pekat 2 1/2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 3 tbsp serbuk koko Sedikit emulco coklat untuk bau dan rasa Cara-cara: 1. Pukul gula, margerin, esen vanila dengan kelajuan tinggi selama 15-20 min sehingga gebu. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi 15 min 3. Masukkan susu pekat dan putar sehingga sebati. 4. Masukkan tepun...

Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pada minggu lepas berkesempatan untuk ke MAPS, Ipoh. Sebenarnya ini satu perancangan yang tidak dirancang. Husband terpaksa menyelesaikan urusan Lesennya di JPJ, Ipoh. Kebetulan pula sekarang musim cuti sekolah sudah bermula. Kami bercadang untuk membawa anak ke MAPS. Kami bergerak dari Bagan Serai pun sudah agak lambat dalam pukul 1.30 pm dan tiba di sana dalam pukul 3.00 pm. Tempat parking yang disediakan agak besar dan mencukupi untuk pengunjung yang datang. alhamdulilah walaupun kami tiba agak lambat dan pada masa cuti sekolah, kami tidak perlu mencari terlalu lama tempat parking kereta. Tiket masuk ke MAPS adalah free entrance. Tetapi jika mahu bermain di dalam itu perlu bayar mengikut harga yang berbeza-beza mengikut tempat. Di dalam itu, sebarang pembayaran menggunakan kad top-up yang berisi duit. Jika ada lebihan duit, semasa exit entrance boleh tebus kembali baki duit.  Secara keseluruhannya, tempat ini sangat menarik u...

Hari terakhir kak ina sayang di KKBSe

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sebenarnya mengucapkan selamat tinggal itu bukanlah perkara yang susah,  tetapi ia menjadi teramat perit bila kita sedang mengingati segala kenangan yang telah kita lalui bersama.   Usia kami begitu jauh,  namun saya begitu senang sekali bila bersamanya. Biasanya masa kami bersama apabila makan pagi bersama di pantri dan waktu rehat yang panjang pada hari jumaat. Apabila bersama kak ina kami banyak berkongsi resepi dan tip-tip masakan. Bagi saya kak ina sangat bertuah kerana dikurniakan Allah 'tangan emas'.  Sangat hebat dan sedap memasak malah boleh menjahit. Jangan terkejut kalau di atas jalan raya.. Kak ina juga sangat cukup hebat memandu.. hehe Walaupun meniti hari2 terakhir,  kak ina masih lagi menunaikan tanggungjawab beliau sebagai librarian dengan penuh amanah. Tidak sesekali menggunakan alasan hendak pencen untuk menolak arahan kerja. Saya sentiasa ingati pesanan kak ina untuk sentiasa ...

Puding Sumi untuk pot luck Hari Terakhir Kak Ina Sayang

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari jumaat yang mulia dan penuh berkah. Tetapi hari ini hari terakhir buat insan yang aku sayangi,  kak ina sayang. Orangnya sopan,  tutur lembut bicara dan tenang sentiasa.  Kak ina bakal bersara pada 24.12.2019. Allah... betapa bertuahnya insan yang bernama Nor Hasina binti Zahari kerana berjaya menjejaki usia persaraan wajib dalam keadaan sihat dan baik. Hanya orang yang terpilih Allah sahaja.  Semoga kami juga dapat menjejaki tibanya saat itu.  Pada potluck hari ini saya membawa makaroni goreng dan puding sumi Makarono goreng saya gunakan lebihan sos bolegnesse yang telah saya sejukbekukan. Dan saya tambah dengan meatball.  Puding sumi ini saya ambil dari resepi dari blog yatie memories. Sebenarnya sudah berulangkali saya buat resepi ini contohnya bawa semasa pot luck tadika iman dan khaira dan juga di dalam kelas.  Kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi resepi. Saya ingin kongsikan rese...