Posts

Resepi Rendang Daging pada Aidilfitri 2021

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sedar tidak sedar esok tibalah 1 syawal. Bakal berakhir ramadan untuk tahun 2021 beberapa detik lagi. Semoga Allah izinkan kita semua untuk bertemu lagi ramadah pada tahun-tahun akan datang dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan masih dapat berkumpul bersama ahli keluarga. Yang paling utama kita dapat tingkatkan amal ibdah kita kepada Allah dengan lebih baik..insyaAllah. Biasanya hari terkhir ramadan kita semua sudah sedia sibuk merendang kan..begitu juga saya disini. Walaupun masih lagi kita semua tidak dapat berkumpul bersama keluarga di kampung berikutan tempoh PKP yang masih berlaku namun kita semua masih sibuk mengekalkan keseronokan untuk menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang disisi.  Disini saya kongsikan resepi rendang yang saya ambil daripada kak shuriyani iaitu rakan ofis. Terasa sedap menikmati air tangan beliau semasa makan di pantri ofis tidak lama dulu. Saya simpan disini untuk rujukan pada masa akan datang. Hidangan ...

Kek Oren

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini saya berkesempatan membuat kek oren. Biasanya untuk resepi kek oren saya suka menggunakan resepi ini. Saya simpan disini resepi kek oren kerana setiap kali mahu membuat kek ini saya terpaksa search kembali screenshot resepi dalam telefon...hehe. Di bawah ini saya kongsikan resepinya: Bahan-bahan  4 biji telur Gred A 3/4 cawan gula perang 1 sudu besar ovalatte 1 sudu kecil esen vanila 1 cawan minyak 6 sudu besar pati oren sunquick 3 sudu besar susu pekat 2 1/2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 3 sudu besar susu UHT/ fresh milk Keadah Penghasilan 1. Masukkan gula, telur, ovalatte dan esen vanila. Pukul hingga kembang (saya gunakan mixer) 2.Masukkan susu pekat, minyak, pati orange sunquick dan pukul lagi sehingga sebati. 3. Masukkan tepung dan baking powder (saya gunakan spatula sahaja dan kaup balik) 4. Masukkan susu UHT/ fresh milk (kaup balik sahaja) 5. Gliskan loyang dengan margerin, letakkan pachment paper dan tuangkan adun...

Resepi Chicken Chop Sedap

Image
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hujung minggu lepas berkesempatan melakukan aktiviti memasak bersama keluarga. Saya berkesempatan membuat chicken chop. Biasanya homemade lebih puas makan kan..memandangkan bila ada anak-anak kecil di rumah. Resepi ini sebenaranya telah beberapa kali saya cuba dan setakat ini sangat berpuas hati dan insyaAllah tidak akan mengecewakan jika ada sesiapa yang baru pertama kali ingin mencuba. Di bawah ini saya kongsikan resepi: Bahan perapan ayam chicken chop : Beli bahagian whole leg dan debonned (ataupun boleh beli ayam bahagian whole leg yang telah dibuang tulang) 1/3 cawan tepung beras 1/3 cawan tepung gandum 1/3 cawan tepung bestari ( spicy ) 3/4 cawan air Campurkan semua bahan-bahan tepung di atas. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat. Kemudian salutkan dengan ayam yang telah siap dibersihkan. Setelah sekata dan sedia untuk digoreng (pastikan deep frying ), golekkan salutan ayam tadi lagi sekali tepung bestari. Ayam telah ...

BURNT CHEESE CAKE RESEPI KHAIRUL AMENG

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bila buat kek ni mesti teringat tragedi dalam kelas sem lepas.Begitulah agaknya apabila sesekali terlebih konfiden  akan bertukar tragedi...huhu Punya laa excited nak buat dalam kelas dengan anak-anak pelajar sebab mereka cakap tidak pernah makan burnt cheese cake ni. Kek ini pula mengambil proses yang lama, setelah dibakar perlu disejukkan pula. Bila dah ready..semua excited... lepas tu depa tanya..Pn. mmg kek ni rasa macam ni ke??? Eh..mmg laa sedap kan, sedap kan..dgn konfident... pastu tengok muka masing2 kelat je..bila rasa. Seperti namanya burnt..habis burnt 5 kumpulan eh tidak 6 termasuk demo...Ya Allah....apa aku dah buat ni😭😭😭 rupanya terlupa 1/2 cawan gula dan menyebabkan kek itu tidak boleh diterima langsung anak tekak😅. Wpun ada penyelesaianya kami buat ganache chocolate  ttp tetap rasa bersalah.. Sorry guys..i feel really sorry sebab janji dgn diorang nk ulang amali kek ini ttp rupanya itu minggu terakhir kerana selepa...

SELAMAT TINGGAL 2020

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sedar tidak sedar 2020 bakal melabuhkan tirai. Meskipun kita masih lagi dihantui dengan isu pandemik covid-19 yang masih lagi berleluasa..Moga covid-19 segera lenyap. Namun demikian, setiap kejadiannya pasti ada hikmah-Nya....banyak agenda dan aktiviti pengurusan kolej masih lagi dijalankan walaupun terpaksa dilakukan atas talian. Dan kini genap sudah 4 tahun saya berada disini bersama keluarga kecil KKBSe. Ada yang datang dan telah pergi namun kenangan bersama keluarga kecil ini tetap kekal diingatan. Kami baik, kami juga gaduh, kami senyum dan kami juga bertegang urat namun atas dasar profesional kami tetap menjalankan tugas dengan amanah yang telah diberikan. Tiada manusia yang sempurna...namun kita semua saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap kekurangan dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita adalah untuk menampung antara satu sama lain Terima kasih semua warga KKBSe yang dicintai kerana Allah SWT. Banyak yang saya belaj...

Resepi kek ubi kayu untuk Pertandingan Memasak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ada yang pernah makan kek ubi kayu tak? Hehe..saya pun tak pernah sebelum ini tetapi apabila pihak kolej menganjurkan Pertandingan Memasak dan temanya ubi kayu sempena sambutan hari kemerdekaan di Kolej..terus terpinga-pinga nak buat apa...hehe, dalam mencari idea terjumpa resepi kek ubi kayu daripada bolog Mat Gebu..apa lagi inilah penyelamat kumpulan saya. Dan.....siapa sangka kami berjaya dapat tempat pertama dalam kategori ini. Alhamdulilah. Kek Ubi Kayu Merdeka Sesi penyampaian hadiah oleh Tuan Pengarah Disini saya kongsikan resepi kek ini, sangat sedap rasanya dan mudah sahaja untuk menyediakannya.  Resepi Kek Ubi Kayu Sumber: blog Mat Gebu   190 g mentega 160 g gula halus 3 biji telur gred A 120 g tepung gandum* 1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak) 420 g parutan ubi kayu, diperah airnya 1/4 cawan susu sejat 1/2 camca besar esen vanilla 1/2 camca teh pewarna kuning Cara membuatnya :-) Panaskan oven pada suhu 175C. Le...

Resepi Basque Burnt Cheese Cake

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  Ramadan akan tiba dalam beberapa hari lagi. Cepatnya masa berlalu. Semoga Allah memanjangkan umur kita dan memurahkan rezeki untuk menjadi insan terpilih untuk melakukan dan memperbanyakkan ibadah kepadaNya. Melihat kepada stok cream cheese dan whipping cream yang masih ada, saya bercadang untuk mencuba resepi kek ini. Kek yang agak viral dari tahun 2018 lagi tak silap. Saya bercadang untuk mencuba di dalam kelas bersama pelajar-pelajar saya tapi pada minggu PKP pertama yang diistiyharkan oleh Perdana Menteri. Untuk membuat kek ini, oven dan size loyang sangat memainkan peranan. Oven saya agak over heating, jadi saya telah merendahkan suhu untuk membakar kek ini pada suhu 140 selama 1 jam 3 min. Boleh juga digunakan di dalam Air-Fryer. Yang pasti kita hendaklah kenal suhu oven atau air-fryer yang terbaik mengikut di rumah masing-masing. Loyang yang digunakan adalah size 6 inci yang paling sesuai. Kek Keju Terbakar 🙊 # basqueburntc...