Resepi Kek Kurma lembut dan gebu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam 1 Zulhijjah. Meskipun tiada panggilan haji buat kita rakyat Malaysia sudah memasuki tahun ke-2 menghadapi ujian pandemik Covid-19, semoga kita semua dapat bersama-sama menghayati dan meningkat amal ibadah dalam bulan zulhijjah yang mulia ini. Semoga Alla h dapat menunaikan hajat kita semua untuk terpilih menjadi tetamu-Nya di Baitullah, Makkah Al-Mukaramah. Aamiin. Sedang mengemas di dapur dan melihat masih lagi banyak buah kurma bekalan masa ramadan yang lepas, terus terfikir untuk membuat Kek Kurma. Boleh menjadi hidangan untuk berbuka puasa petang ini. Maka terjadilah kek kurma yang lembut dan gebu ini. Saya pakai adunan kek pisang sahaja, alhamdulilah menjadi, lembut dan gebu. Bahan A 2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonat Bahan B 1 cawan kurma yang telah dihiris 3/4 cawan kastor (saya kurangkan kepada 1/2 cawan) 3 biji telur A 1 cawan minyak 1 tsp vanilla 1 sudu besar ovelette Kaedah 1. Sebatikan semua ...